Rupawan AWANI (EP19): Scarlett Megan Liew kongsi persediaan buru mahkota kejuaraan

Rupawan AWANI minggu ini sekali lagi menampilkan seorang jelitawan kelahiran negeri di bawah bayu, Scarlett Megan Liew. Wanita ini bakal membawa nama Malaysia ke pentas Miss Intercontinental 2018 di Filipina pada Januari 2019 dan untuk kali ini, Scarlett banyak berkongsi persediaan dan strategi untuk memenangi gelaran Miss Intercontinental 2018.