Video  | Hiburan

Ager pergi jua - Apek

Siapa tidak kenal saiful apek. Di sebalik telatahnya yang lucu, dia sebenarnya insan yang mampu membuat mata anda berkaca. Apek tiga hari lalu memuat naik video menyentuh hati di Instagramnya. Curahan hati mengenai pemergian kucing kesayangannya Ager atau Tiger. Ager mati akibat penyakit FIP yang mengundang kegagalan fungsi organ dan penyakit lain. Apek pada masa sama mengucapkan penghargaan kepada doktor dan petugas di Hospital Veerinar Serdang yang melayan Ager seperti anggota keluarga. Ramai juga netizen yang mengucapkan takziah kepada Apek dan berkongsi kedukaan bersamanya.