Video  | Hiburan

Avengers Endgame: Awas, ini bukan 'spoiler'

Penantian bagi para peminat filem Marvels, Avengers: Endgame berbaloi apabila rata-rata antara mereka berpuas hati dengan sekuel terbaharu itu. Pengkritik Filem, Rahmat Adam berkata dengan kemudahan teknologi, beliau bersama para peminat sekuel itu menjadi antara kumpulan terawal berjaya menonton filem berdurasi tiga jam itu tanpa perlu lagi beratur panjang.