Video  | Hiburan

Babak naik helikopter tiada kaitan dengan cinta lama

Penyanyi Sufian Suhaimi mengakui babak menaiki helikopter dalam muzik video terbaharu, Mencuba tidak menceritakan tentang kisah cinta lamanya. Menurut Sufian, babak tersebut adalah secara kebetulan apabila ada pihak yang memberi tajaan pesawat persendirian untuk muzik video tersebut.