Video  |  Hiburan

'Britney Spears AirAsia'

Video petikan seorang pramugara yang berkhidmat bersama syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia sedang menari menjadi tular di media sosial dengan jutaan tontonan. Video yang dimuat naik di Instagram itu memaparkan Assraf Nasir, menari lagak penyanyi pop antarabangsa. Britney Spears dalam video muzik lagu 'Toxic'. Bukan sahaja dipetik media antarabangsa, tetapi turut dikongsikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes. Jom kita saksikan.