Tutup

Video  | Hiburan

'Crazy Rich Asians' dirakam di Malaysia?

Rakyat Malaysia ada sebab yang kukuh untuk menonton dan tumpang berbangga dengan filem yang kini sedang menjadi bualan ramai iaitu Crazy Rich Asians. Tahukah anda, sebenarnya banyak tempat menarik di Malaysia sebagai lokasi pemgambaran. Antaranya, Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur yang dipilih sebagai lokasi mahligai milik keluarga Nick Young. Tahukah anda, selain itu, keseluruhan babak di London dilakukan di Pulau Pinang antaranya di rumah agam Cheong Fatt Sze. Tidak ketinggalan keindahan Pulau Langkawi turut diabadikan untuk penggambaran dua babak, menggunakan latar lokasi berbeza. Diadaptasi dari novel dengan judul yang sama, Crazy Rich Asians, mula ditayangkan di Malaysia pada 22 Ogos. Turut menjadi kebanggaan, penampilan beberapa bakat besar dari Malaysia, termasuk Henry Golding, Tan Sri Michelle Yeoh dan Carmen Soo.