Tutup

Video  | Hiburan

Faizul juara Akademi Fantasia 2013

Selepas bersaing sengit selama sembilan minggu, akhirnya Faizul, atau Mohd Faizul Sani, 28 tahun, dari Sabah dinobatkan sebagai juara Akademi Fantasia 2013 pada konsert akhir rancangan realiti televisyen itu di Stadium Negara malam tadi. Faizul mengetepikan cabaran lima lagi peserta dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, kontrak rakaman yang bernilai RM100,000 beserta trofi. Tempat kedua pula dimenangi duo Azhael, yang mendapat hadiah wang tunai RM30,000 dan trofi manakala Amira menduduki tempat ketiga dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000. Sementara itu, Indah berjaya menduduki tempat keempat dengan menerima wang tunai RM10,000 manakala Nabila di tempat kelima dengan hadiah wang tunai RM5,000 dan trofi. Seorang lagi peserta Aishah sekadar di tempat keenam. Datuk Siti Nurhaliza yang turut mewakili semua Inspirer AF2013 menyampaikan hadiah kepada semua pemenang.