Tutup

Video  | Hiburan

Fenomena Hantu Kak Limah: Filem 'simple' juga berintelek

Baru 13 hari ditayangkan, filem Hantu Kak Limah sudah mencatatkan tiga rekod, termasuk menempa sejarah sebagai filem Melayu pertama mencecah kutipan RM20 juta, membuktikan hasil arahan Mamat Khalid itu bukan calang-calang. Namun elemen simplicity yang diketengahkan mengundang rasa tidak puas hati pihak-pihak tertentu yang merasakan ada filem lain yang lebih layak mencatatkan kutipan sedemikian.