Tutup

Video  | Hiburan

Filem sangkar dimuat turun secara haram, 4 penerbit buat laporan polis

Filem Sangkar yang diterbitkan oleh empat syarikat perfileman iaitu Infinitus Gold, Primeworks Studios, Astro Shaw dan MM2 Entertainment telah dimuat turun secara haram di beberapa laman web dan media sosial yang menawarkan khidmat muat turun filem itu secara keseluruhan. Menurut Penerbit Eksekutif Primeworks Studios, Nor Shahila Harun Shah laporan polis telah dibuat untuk tindakan lanjut terhadap beberapa individu yang bersalah dalam menyebarkan filem berkenaan secara haram.