Tutup

Video  | Hiburan

Gersang harap sentuhan M.Nasir untuk album baharu

Kumpulan yang pernah popular dengan lagu Masih Aku Terasa, Gersang mengharapkan sentuhan magis komposer terkenal Datuk M.Nasir untuk album baru mereka yang dijangka dikeluarkan tahun depan. Menurut penyanyi Gersang, Abdul Rahman Othman atau lebih dikenali dengan Man Bai, dia dan anggota kumpulan yang lain telah bertemu dan berbincang untuk mengeluarkan album baru selepas sekian lama menyepikan diri.