Tutup

Video  | Hiburan

Hembus nafas terakhir di sisi keluarga

Seniwati Mariani atau Mariam Ismail menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 7.32 malam dipercayai akibat kanser usus di kediaman anak perempuannya di Taman Kosmo Jaya, Sentul di sini malam tadi. Jenazah disolatkan di Masjid Al Hidayah, Jalan Sentul sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang kira-kira jam 11.30 pagi tadi. Pusara Mariani ditempatkan bersebelahan pusara adiknya, biduanita negara Puan Sri Saloma dan biduan negara Tan Sri P.Ramlee.