Video  | Hiburan

Kenali Umai sebagai dirinya, bukan kerana Mak Iti - Siti Saerah

Ibu kepada Ummi Umairah, Siti Saerah Tarudin, ingin anak sulungnya dikenali kerana bakat dan bukan kerana ibu saudaranya, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Apabila ditanya sama ada Umairah ataupun lebih mesra dikenali Umai memiliki potensi menjadi pengganti penyanyi nombor satu negara itu, Saerah hanya berkata masa Umai sebagai penyanyi masih panjang lagi.