Video  | Hiburan

Kutipan Abang Long Fadil 2 pecah rekod

Sejak ditayangkan pada 24 Ogos lalu, filem komedi aksi Abang Long Fadil 2 berjaya mencatat rekod baru penjualan tiket tertinggi RM17.9 juta. Memetik artikel Astro Gempak, filem terbitan Skop Productions Sdn. Bhd. Itu berjaya mengalahkan rekod tertinggi sebelum ini yang dipegang filem Polis Evo II tahun lalu dengan kutipan RM17.7 juta.