Video  | Hiburan

#LebaranAWANI bersama Wany Hasrita

Kembara seninya baru bermula, malah masih boleh dilabel 'terlalu hijau' buat Wany Hasrita. Namun begitu, urusan rezeki milik Yang Maha Esa, dengan sekelip mata, siapa sangka kini penyanyi berusia 25 tahun ini semakin popular. Jalan dilalui Wany atau Nurshazwany Hasrita Hasbullah tidaklah berliku sebagaimana segelintir penyanyi lain. Hanya bersandarkan satu single, Menahan Rindu, bakat nyanyian Wany menyerlah dan diterima baik peminat dan bersedia di talian ketika ini, Wany Hasrita sendiri.