Video  | Hiburan

Mustar juara Kilauan Emas musim ke-5

Pertandingan Kilauan Emas musim kelima yang disiarkan di Astro Prima dan Astro Maya HD, malam tadi menyaksikan tuah berpihak kepada Mustar atau nama penuhnya Mustaffa Rasyid Abd Jabar. Kemenangan itu melayakkan beliau membawa pulang wang tunai RM100,000 sumbangan Astro, sebuah motosikal bernilai RM50,000, kerusi urut dan trofi. Mustar turut menerima Anugerah Khas Juri dengan hadiah wang tunai RM10,000 dan trofi.