Video  | Hiburan

Nano Gauntlet versi Iron Man

Ini pastinya akan membuatkan penggemar Iron Man tidak senang duduk apabila Hot Toys mengumumkan pihak mereka bakal mengeluarkan Nano Gauntlet versi Iron Man yang dihiasi dengan koleksi batu Infinity Stone serta saduran emas. Gauntlet ini juga dilengkapi dengan lampu led yang diletakkan di setiap batu Infinity Stone dan anda boleh menukar cahaya lampu dari statik kepada berkelip-kelip.