Video  |  Hiburan

Netizen kritik Fathia Latiff kendali sesi FB Live bersama Tun M

Selepas menjadi moderator untuk sebuah sesi Facebook Live (FB Live) bersama mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, pelakon Fathia Latiff dihujani dengan kritikan pedas netizen. Menerusi sesi FB Live #Chedetjawab yang disiarkan menerusi laman Facebook rasmi milik Tun M Jumaat lalu, Fathia yang bertindak sebagai moderator dikecam pengguna media sosial yang menganggap soalan dikemukakan Fathia tidak bersesuaian dengan Tun M.