Tutup

Video  | Hiburan

Novel Salina edisi khas ulangtahun ke-60 akan dipasarkan

Kerana keistimewaan yang dimiliki oleh novel salina karya sasterawan negara, Datuk Seri A. Samad Said atau lebih dikenali sebagai Pak Samad, syarikat penerbitan Helmy Samad Production berazam untuk menerbitkan kembali karya agung itu. Menurut Helmy Samad, pemilik Helmy Samad Production, beliau telah lama berhasrat untuk menerbitkan novel Salina edisi khas sempena ulang tahun 60 tahun penghasilannya.