Video  | Hiburan

Paus mati di pantai Duxbury

Ini pula cerita haiwan. Sudah la makin pupus, bilangannya yang sedikit itu makin susut kerana kematian. Kisahnya, seekor paus ditemui mati lagi. Kali ini di pantai Duxbury, Massachusetts di Amerika Syarikat. Menurut akitivis hidupan liar, paus sepanjang 52 kaki itu dilihat berenang berdekatan pantai tersebut hujung minggu lalu. Namun arus kuat menolak mamalia itu terus ke pantai lalu terdampar. Ia bagaimanapun mencuri perhatian pengunjung pantai sehingga polis Duxbury terpaksa menutupnya bagi elak kejadian tidak diingini. Orang ramai disaran supaya tidak mengerumuni kawasan tersebut supaya ahli-ahli biologi marin dan pihak berkuasa menjalankan proses bedah siasat atau Necropsy pada mamalia tersebut.