Video  | Hiburan

Polis EVO 2 temui peminat di Pantai Timur

Filem Blokbuster Polis EVO 2 tiba di Pantai Timur Malaysia. Dan kali ini peminat berpeluang beramah mesra bersama pelakon-pelakon utamanya dalam siri jelajah diadakan di Kuantan baru-baru ini. Kuantan dipilih kerana penggambaran filem ini banyak dilakukan di Pahang, antaranya di Kampong Serandu Pekan dan Gua Gelanggi.