Video  | Hiburan

Rasuah seks artis K-Pop, Seungri pohon maaf

Bintang K-Pop Seungri muncul di sebuah balai polis di Seoul pada hari Khamis berhubung dakwaan bahawa dia cuba mengatur perkhidmatan seks haram untuk para pelabur perniagaannya. Seungri, yang nama sebenarnya Lee Seung-hyun, meminta maaf dan tunduk kepada media yang menantinya sejurus keluar dari balai polis.