Video  | Hiburan

Selepas #BLACKPINKinMY, MacpiePro berhasrat bawa BTS ke Malaysia pula

Selepas kejayaan menganjurkan konsert jelajah dunia Blackpink 2019 In Your Area, syarikat penganjur konsert MacpiePro berhasrat membawa kumpulan sensasi Korea Selatan, BTS ke Malaysia pula. Ketua Pegawai Eksekutif MacpiePro, Ang Chee Ciang berkata pihaknya masih dalam proses perancangan sebelum sebarang rundingan untuk menjemput kumpulan K-Pop ternama dunia itu dilakukan.