Video  | Hiburan

Tampil 6 pengarah hebat Asia

Enam pengarah filem hebat di rantau Asia akan ditampilkan menerusi program wawancara SEA Director Focus di Astro A-List saluran 456. Mereka dipilih berdasarkan pengiktirafan yang diperolehi di Festival Filem Antarabangsa dan merupakan idola pembikin filem di Asia Tenggara. Wawancara itu akan menampilkan pengarah Riri Riza dan Garin Nugroho dari Indonesia, Boo Junfeng dan Eric Khoo dari Singapura, Lav Dias dari Filipina dan Pen-Ek Ratanaruang dari Thailand.