Tutup

Video  | Hiburan

Taruhan pertama Mermaid Studios

Selepas empat tahun menimba pengalaman menerbitkan drama, aktres terkenal Liyana Jasmay melangkah setapak lagi dalam kariernya dengan bergelar produser filem pula tahun ini. Menerusi produksi miliknya Mermaid Studios yang ditubuhkan bersama kakak, Edriana Jasmay, Liyana,27, tampil dengan filem pertamanya berjudul Bella & Jamie. Selain Liyana selaku teraju utama, filem arahan pengarah muda berbakat Fairul Nizam Ablah ini mempertaruhkan barisan pelakon hebat seperti Juliana Evans, Izzue Islam, Dynas Mokhtar dan Khir Rahman.