Tutup

Video  | Hiburan

Tayangan Munafik 2 dipercepat sehari

Selepas Hantu Kak Limah sebuah lagi filem seram paling ditunggu tunggu bakal menhantui pawagam. Munafik 2 arahan Pengarah Terbaik Festival Filem Asia Pasifik Ke-57 Syamsul Yusof diawalkan sehari tayangannya kepada 29 September depan. Perkara itu dimaklumkan sendiri Syamsul menerusi Twitternya. Sementara di Instagramnya Syamsul turut memaklumkan penonton di negara Singapura dan Brunei turut boleh menonton filem ini pada tarikh sama. Manakala tayangan di panggung wayang di Indonesia pada 26 September. Syamsul juga turut memaklumkan ketika ini sedang mengusahakan untuk membawa buah tangan terbarunya itu ke pasaran Thailand, Kemboja dan Vietnam. Munafik dua diklasifikasi kategori P13 dengan sari kata Bahasa Inggeris. Selain bertindak sebagai pengarah, Syamsul juga kembali sebagai watak utama bersama Maya Karin, Nasir Bilal Khan dan Mawi.