Video  | Hiburan

Taylor Swift umum "perang" dengan YouTube

Taylor Swift antara artis lantang menentang syarikat-syarikat teknologi yang kepadanya tidak menghargai hasil kerja orang seni Pada 2014, beliau menggemparkan industri dengan menarik semua muzik beliau daripada Spotify. Kini Swift, bersama 180 artis lain berganding bahu menentang syarikat penstriman gergasi YouTube dengan menuntut layanan serta penghargaan yang lebih baik.