Tutup

Video  | Hiburan

Teater Kota Kelip-Kelip tonjol bakat anak yatim TFTN

Susulan kejayaan yang dicapai tahun lalu, Teach for the Needs (TFTN) bakal mempersembahkan sekali lagi teater bertajuk 'Kota Kelip-Kelip' yang akan dilakonkan oleh Rumah Anak Yatim TFTN. Anak-anak berbakat ini adalah anak miskin dan yatim yang dilatih menerusi siri bengkel oleh Fazleena Hishamuddin, aktivis teater yang juga pengarah kepada persembahan ini. Teater akan berlangsung selama dua malam berturut-turut pada 24 dan 25 Disember ini bermula jam 8.00 malam bertempat di Penang Performing Arts Centre.