Tutup

27 lagi mangsa terkandas di Gunung Gagau

Jabatan bomba dan penyelamat meneruskan operasi bagi menyelamatkan baki 27 lagi mangsa dari sekumpulan 53 petugas yang terkandas di puncak Gunung Gagau,Tasik Kenyir. Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Nor Mahathir berkata kumpulan kedua membabitkan petugas Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia,JUPEM termasuk empat anggota Pasukan Gerakan Am, PGA dipercayai dalam perjalanan menuruni Gunung Gagau.