Akta Kanak-Kanak 2001 masih terpakai

Kerajaan tidak bercadang mengadakan peruntukan khusus merotan kanak-kanak sebagai satu jenayah dalam rang undang-undang baharu yang akan menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd dun berkata penggubalan rang undang-undang baharu itu bagaimanapun akan mengekalkan peruntukan mengikut Seksyen 31(1) akta asal berhubung perbuatan merotan sehingga menyebabkan kecederaan fizikal atau mental kepada kanak-kanak.