Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

DBKL minta kerjasama orang awam banteras aktiviti haram

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL meminta kerjasama orang ramai bagi membantu membanteras aktiviti haram yang berleluasa di sekitar Kuala Lumpur. Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan Md Ikhsan berkata, nilai rampasan sejak operasi banteras aktiviti haram, OPS Bahagian siri 1 hingga siri 4 berjumlah 5.24 juta yang melibatkan PC, modem, televisyen, router dan mesin judi.