Domain MH370.com dilelong

Di internet selain spekulasi tersebar mengenai kehilangan pesawat MH370, wujud juga syarikat mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan ke atas insiden ini. Di e-bay, domain ataupun alamat sesawang MH370.com mula dilelong dengan lima ribu dolar Amerika.