Tutup

Ekonomi Greece dijangka positif tahun hadapan

Ekonomi Greece dijangka mencatat pertumbuhan buat pertama kalinya tahun hadapan selepas enam tahun mencatatkan kejatuhan. Timbalan Menteri Kewangannya, Christos Staikouras berkata, ekonomi negara itu dijangka tumbuh 0.6 peratus berbanding empat peratus penguncupan tahun ini. Menurutnya, pengorbanan rakyat selama ini mula membuahkan hasil namun ia bukan masa untuk merasa selesa.