Lapangan terbang baru perlu untuk tampung permintaan

Cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa baru di Kedah dijangka menampung peningkatan keperluan penumpang dan perkhidmatan kargo bagi negeri-negeri di utara semenanjung. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, kemudahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dilihat semakin terhad untuk menampung keperluan pertambahan kargo serta penumpang di masa depan.