Tutup

MOA pastikan makanan segar untuk mangsa banjir

Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani (MOA) akan memastikan semua mangsa banjir di Pantai Timur, Perak dan Johor mendapat bekalan makanan segar yang mencukupi sepanjang berada di pusat pemindahan banjir. 12 agensi di bawah kementeriandigerakkan untuk menyalurkan bekalan seperti sayur-sayuran, ayam, daging, ikan dan telur serta pelbagai jenis bekalan makanan kering.