Tutup

Pemikiran masyarakat perlu berubah

Pemasangan GPS, kotak hitam atau menguatkuasa pemakaian tali pinggang keledar, tidak akan membantu mengawal kelajuan bas. Pandangan itu diberikan ketua pengarah institut keselamatan jalan raya, Miros Professor Dr. Wong Shaw Voon. Alasannya mudah, rakyat Malaysia terlalu kreatif dan mampu mengubahsuai alatan terbabit, sehingga ia tidak menjadi halangan kepada mereka.