Tutup

Perbicaraan serentak 'Tuhan Harun' dan pengikut

Ketua ajaran sesat 'Tuhan Harun' akan dibicara serentak bersama lima pengikutnya Oktober ini, atas dakwaan membunuh Ketua Penolong Penguatkuasa Jabatan Agama Islam, Pahang, JAIP, Ahmad Raffli Abdul Malek. Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Atuk Abdul Karim Abdul Rahman yang membenarkan permohonan pihak pendakwaan, menetapkan perbicaraan selama lima hari, bermula 27 Oktober.