Tutup

Persekitaran kotor, kilang roti diarah tutup

Keadaan persekitaran yang dipenuhi najis tikus dan lipas. Minyak digunakan tercemar dengan rambut. Itu antara gambaran memualkan di sebuah kilang membuat roti benggali di Jalan Datuk Keramat, Georgetown, Pulau Pinang. Hasil pemeriksaan mengejut oleh jabatan kesihatan negeri pagi tadi. Selain itu, pekerja juga gagal mematuhi etika berpakaian dengan hanya berseluar pendek dan berkuku panjang.