Polis Perak tumpaskan sindiket palsu permit kerja

Polis Perak mematahkan satu sindiket pemalsuan permit kerja warga asing dan sijil kemahiran selepas menahan 19 warga asing dan seorang warga tempatan yang dipercayai dalang sindiket di Manjung. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Perak, Superintendan Maszely Minhad, kegiatan sindiket itu terbongkar selepas penemuan 60 pasport dan permit kerja palsu dalam sebuah kenderaan dinaiki tiga warga India yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.