Pusat komunikasi dan sokongan keluarga masih beroperasi

Pusat komunikasi dan sokongan keluarga yang ditubuhkan di Beijing, China untuk anggota keluarga dan waris mangsa MH370 masih beroperasi. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun memaklumkan, sebuah laman web turut diwujudkan bagi menyalurkan maklumat terkini untuk dikongsi bersama keluarga penumpang negara berkenaan.