Royal Belum digazet sebagai hutan simpan Aman Jaya

Kerajaan Negeri Perak akan mewartakan hutan Royal Belum sebagai hutan simpan Aman Jaya sebagai usaha memelihara alam semula jadi di kawasan terbabit. Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata langkah itu merupakan usaha serius kerajaan dalam memelihara dan mengekalkan kehijauan alam semula jadi kawasan itu.