Tutup

Saringan kesihatan diperingkat tangani wabak Ebola

Dalam usaha menangani wabak Ebola daripada merebak ke negara ini, Kementerian Kesihatan terus mengambil langkah proaktif dengan mempertingkatkan kawalan kesihatan di semua pintu masuk antarabangsa. Penguatkuasaan kawalan kesihatan yang ketat 24 jam melibatkan semua lapangan terbang antarabangsa termasuk jalan darat sempadan Singapura dan Thailand.