Tutup

SPR adakan mesyuarat khas Rabu ini bincang PRK Dun N.06

Suruhanjaya Pilihan Raya akan bermesyuarat Rabu ini bagi membincangkan mengenai pilihan raya kecil kerusi Dun Chempaka berikutan kematian penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Khamis lalu. Setiausahanya, Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata pemakluman rasmi kekosongan kerusi itu diterima daripada Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Ya'kub pada Ahad.