Tutup

Tubuh jawatankuasa khas hudud

Pemimpin Barisan Nasional yang beragama Islam dan Pas disaran menubuhkan jawatankuasa khas mengenai hukum hudud yang berperanan memperinci dan memberi kefahaman kepada rakyat berhubungnya. Anggota Dewan Negara, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata penjelasan mendalam mengenai hudud, kaedah dan kesan pelaksanaannya perlu dibuat segera secara meluas, termasuk untuk masyarkat bukan Islam.