1 maut, 4 parah dihempap besi konkrit

Seorang buruh asing maut manakala empat lagi cedera apabila dihempap struktur besi konkrit di sebuah tapak pembinaan di Kawasan Perindustrian Bukit Beruntung, di sini pagi ini. Ia membabitkan runtuhan rangka struktur bangunan kilang yang dalam pembinaan berkeluasan 60x70 kaki persegi.