Tutup

1 maut dan 34 cedera, bas rempuh lori berhenti

Seorang maut dan 34 cedera, termasuk tiga parah selepas sebuah bas ekspress merempuh sebuah lori yang berhenti di tepi jalan kerana mengalami kerosakan di kilometer 285, Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Simpang Pulai, Perak, awal pagi tadi. Ketua Operasi Bomba, Pbk Dua Abd Manaf Hashim dalam satu kenyataan berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan kemalangan itu kira-kira jam 4.30 pagi.