Tutup

10,000 pengunjung bakal hadir pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan

Lebih 10,000 pengunjung dijangka bakal membanjiri Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 yang dijadual berlangsung di Dataran Pahlawan Melaka, Sabtu malam. Menteri Komunikasi Dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata, majlis pelancaran yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu amat bermakna dengan memilih Melaka Bandaraya Bersejarah sebagai lokasi pilihan.