Tutup

10,000 unit lampu jalan LED bakal terangi kampung di semenanjung

Sebanyak 10 ribu unit lampu jalan kampung (LJK) jenis diod pemancar cahaya (LED) akan dipasang di semua kampung di semenanjung Malaysia. Proses pemasangan dijangka selesai pada tahun depan. Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Harun, inisiatif atas kerjasama kementeriannya dan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dijayakan menggunakan dana Incentive Based Regulation (IBR).