10-15 tahun untuk kembali menjadi Harimau Asia

Malaysia memerlukan 10 hingga 15 tahun untuk kembali dikenali sebagai Harimau Asia. Kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, setelah mengambil alih kerajaan, beliau mendapati masalah yang dihadapi negara akan berkurangan dalam tempoh tiga tahun namun memerlukan tempoh yang lebih lama untuk mengembalikan kegemilangan Malaysia. Beliau berkata demikian dalam wawancara khas sempena hari lahirnya yang ke 94 hari ini.