10 ditahan bergaduh di pusat hiburan

Polis menahan 10 lelaki terbabit dalam pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, 3.15 pagi Sabtu. Semua suspek berusia antara 15 hingga 37 tahun ditahan selepas memukul seorang lelaki berusia 34 tahun akibat perselisihan faham ketika berhibur di premis berkenaan.