10 kawasan berisiko terkena tempias ribut dikenal pasti

Lebih sepuluh kawasan di sepanjang pantai Terengganu dikenal pasti berisiko terdedah kepada tempias Siklon Tropika Pabuk. Menurut Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Terengganu,Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A.Rahman ombak kuat dan angin kencang yang membadai kawasan pantai boleh mengakibatkan hakisan serta kerosakan kecil pada kediaman.